Khamis, 29 Ogos 2019

Sahabat saya: Ramli Adnan

Tanpa doa dan usaha mustahil saya dan isteri dapat berjaya menunaikan fardu haji di musim ini. Banyak insan-insan kerdil lagi hebat mendoakan buat saya. Semua anak dan menantu tidak kecuali kakak dan kakak ipar. Tidak boleh saya nak dakwa hanya doa saya SAHAJA yang makbul tanpa doa mereka. Sahabat-sahabat sejak sekampung juga menjadi pencetus motivasi.
Dalam catatan ringkas ini saya nak abadikan nama insan yang hanya tinggal nama sahaja telah meninggalkan kesan emosi paling hebat apabila balunya berpesan jika dapat tawaran haji sila hubungi beliau. Ya, selepas dapat tawaran saya pun menghungi balu sahabat saya itu.
Kata balu Ramli Adnan, arwah berpesan jika Raai dapat tunai haji, berikan wang ini kepada dia. Boleh dia guna semasa diTanah Suci. Kata arwah, Raai banyak bercerita kisah Mekah dan Madinah kepada beliau 😥😥 (Kebetulan saya pernah pergi umrah sebelum arwah tunai haji).
Saya genggam erat wang Suadi itu (jumlah banyak.....tapi rahsia🤔). Air mata banjir tanpa saya sedari.
Semalam, di hari-hari menjelang meninggalkan Mekah (entah ada peluang atau tidak lagi) saya telah mewakafkan sebuah Al Quran atas nama Ramli Adnan. Semoga ketika ada jemaah yang membaca naskah tersebut pahalanya sampai kepada Allahyarham.
Ini saja dapat ku lakukan buatmu wahai sahabat!! 😥😥😥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan