28 September 2019

Pergerakkan Dari Mina, Padang Arafah, Muzzalifah ke Masjidil Haram

Saya dan isteri memilik menunaikan 'Haji Tamattu'. Kami berangkat ke Mekah menerusi Kompleks Haji KLIA pada 24 Julai 2019. Mendarat di Lapangan Terbang King Abdulaziz, Jeddah. Oleh kerana kami berangkat dari Malaysia ke Mekah maka Miqat ialah di Qanul Manzil. Niat berihram ialah sejam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah.

                        Qanul Manazil   - Gambar oleh Nur Atiqah                                                                              

Selesai menunaikan umrah yang pertama kami berada di Kota Mekah bagi menanti tibanya hari Wukuf. Seperti yang aturkan pada 8 Zulhijjah bersamaan 8 Ogos semua jemaah haji berangkat ke Mina atau Arafah. Saya dan jemaah haji yang sama dalam satu pakej berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana mengikut sunnah Rasulullah SAW yang disebut Hari Tarwiyah. 




Pada 9 Zulhijjah kami berangkat ke Padang Arafah. Masyaallah, perasaan ketika itu Allah sahaja yang tahu kerana inilah pertama kali akan berada di Padang Arafah. Jika sebelum ini hadir ke Padang Arafah untuk melawat ketika menunaikan umrah. Hari ini saya dan isteri akan berada di sini bagi berwukuf selepas waktu Zohor.

Di Padang Arafah.
Sama pula dengan mantan bos besar saya

Padang Arafah di luar musim haji.
Menjadi lokasi lawatan jemaah umrah


Padang  Arafah merupakan tempat bermulanya ibadat haji. Hari Wukuf bermaksud berada di arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan seperti duduk, berbaring atau tidur. Bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zohor) 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) 10 Zulhijjah.

Berwukuf perlu menumpukan sepenuh perhatian tanpa memikirkan hal-hal dunia. Waktunya singkat oleh itu kami harus mengambil peluang yang sebaik mungkin.

Ketika waktu Zohor di Padang Arafah


Sejak di Mina pada 8 Zulhijjah saya telah menawarkan diri menjadi Bilal. Di Padang Arafah saya juga menjadi Bilal. Allahuakbar. Rezeki saya dapat mengalunkan azan di Mina dan Padang Aarafah. Alhamdulillah.

Selepas solat Zohor di khemah kami keluar untuk mengambil makanan tengahari. Ketika itu hujan turun dengan angin kuat. Seorang jemaah (Haji Zaidi) memberitahu " Hujan ribut". Saya memerhati arah barat Padang Arafah kelihatan langit hitam. Fikir saya sebelah sana tentu hujan lebat. Alhamdulillah di kawasan khemah kami (Maktab 115) tidak terlalu lebat dan kami dapat menikmati hujan di Padang Arafah.

Masing-masing mengambil kesempatan berdoa ketika hujan turun. Ada yang berpayung, ada tidak. Yalah inilah kesempatan terbaik kerana waktu terbaik ialah ketika hujan ribut di Padang Arafah. Malah seorang pekerja pemungut sampah berbangsa Pakistan turut berdoa walaupun dia tidak menunai haji. Allahukabar Maha Kaya Tuhan buat seorang hamba. Walaupun dia tidak menunai haji tetapi jika Allah nak bagi pahala haji siapatahU?

 
Kesempatan berdoa digunakan sepenuhnya oleh jemaah haji

Aktiviti di Padang Arafah merangkumi solat, berdoa apa saja yang dihajatkan, berzikir. Selepas Azyak kami berangkat ke Kota Mekah untuk melakukan Tawaf Haji Dan Sai Haji pada 10 Zulhijjah. Rezeki saya dan isteri kerana berpeluang merasai suasana Hari Raya Aidiladha di Masjidilharam.

Pesan Ustaza Pembimbing jemaah haji harus bersabar ketika berada di dalam bas kerana bas akan bergerak perlahan bagi maksud untuk Mabit di Muzzalifah iaitu mesti sampai selepas tengahmalam. 

Saya ni pula bila naik bas jika letih sudah tentu tertidur. Namun ketika bas tiba di Muzzalifah suasana hiruk pikuk bunyi hon bas membuatkan saya tersedar. Kelihatan di luar bas ramai jemaah haji yang bermalam di Muzzalifah.

Sampai di Masjidilharam sudah waktu Subuh. Selesai Subuh saya dan isteri melakukan Tawaf dan Sai. Oleh kerana kami telah biasa dengan keadaan di Masjidilharam kerana telah dua kali buat umrah maka sayalah yang membimbing isteri untuk melakukan Tawaf dan Sai. 

Ketika sedang Tawaf pada pusingan ketiga, Muazim (Bilal) bertakbir dan memberi isyarat untuk solat Aidilahda saya dan isteri berhenti untuk berjemaah solat hari raya Aidiladha. Walaupun kata ustaz kalau tak nak solat pun boleh. Namun kerana mengenangkan ini sekali seumur hidup kami pun bersolat. 

Saya dan isteri melakukan Tawaf dan Sai di bahagian bumbung Masjidilharam kerana pada 10 Zulhijjah ramai jemaah haji melakukan ibadah tersebut. Selesai Tawaf dan Sai saya isteri bertahlul dengan mengunting rambut.

Selepas solat Zohor kami dan jemaaah lain bergerak semula ke Mina. Kali kami ke Mina setelah menanggalkan pakaian Ikhram bagi lelaki. 

Manakala beberapa larangan ikhram telah lepas kecuali beberapa lagi larangan seperti bermesra dengan isteri. Rujuk Buku Panduan Haji TH.

Oleh kerana kami melakukan Nafar Awwal maka kami berada di Mini untuk kali kedua ialah pada 10,11 dan 12 Zulhijjah.

Untuk pengalaman di Mina sila Klik pada tajuk ini: Mabit Di Mina | Lembah Yang Sunyi Di Luar Musim Haji




Tiada ulasan:

Catat Komen