28 September 2019

Mati Itu Pasti | Usah Takbur

Ketika ustaz Shafie menerangkan keistimewaan perkuburan Baqi' saya memegang pagar besi (Baqi') dan berkata kepada isteri (Acik Mah) "Nampaknya tiada harapan untuk mati di sini. Esok kita akan balik ke Malaysia". Ustaz Shafie menyambung lagi penerangan beliau "penghuni Baqi' adalah yang pertama akan dibangunkan ketika tiupan Sangkakala kedua lepas itu penghuni perkuburan Maala di Mekah". Meremang tengkok saya waktu itu.
Saya masih ingat ketika itu herdikkan seorang doktor 'pakar' "apa nak pergi Mekah nak bunuh diri ke?".
Hari ini saya telah pulang genap tiga minggu. Alahamdulillah masih umur panjang. Namun saya akan menunaikan janji pada Allah akan berubah organ yang rosak. Saya tahu itu anugerah Allah. Kalau saya tak buat Dyalisis saya akan mati juga. Jika saya lakukan pun pastinya akan sampai pengakhir usia saya. Bagi saya dakwah wajib diteruskan walaupun saya tidak menjadi penghuni Baqi.
Ingat janji Allah itu pasti. Berdoa kepada-Nya adalah tawakal kita. Mati atau hidup adalah ketentuan Allah. 
Jangan gusar, mati itu pasti!

Tiada ulasan:

Catat Komen