28 September 2019

Kisah Unta Rasulullah SAW

Malam pertama tiba di Madinah saya  Haji Jefry dan Ameen telah menuju ke Masjid Nabawi. Rezeki kami Allah menemukan dengan ustaz Shafie. Beliau menemani kami masuk ke Makam Rasulullah SAW. Tengahmalam itu kami berpeluang bersama ustaz melawat Perkuburan Baqi' dan ustaz mengetuai doa untuk penghuni di situ. Ketika menerangkan mengenai masjid Nabawi ustaz berkata pintu masuk untuk jenazah untuk disolatkan merupakan tumah Abu Ayyub al-Anshari yang nama sebenarnya ialah *Khalid bin Zaid Di rumah Abu Ayyub inilah unta yang dinaiki Rasulullah berhenti dan di situlah bermula pembangunan Masjid Nabawi. Firman Allah: Dan katakanlah, "Wahai Tuhanku! Turunlanlah daku di tempat turunyang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat" (Surah alMukminum: 29) Petikan buku Mengenali Rasulullah

Tiada ulasan:

Catat Komen