28 September 2019

Kenali Padang Arafah

Bukit ini jika musim haji jemaah dari
Malaysia tidak akan sampai ke sini.
Hanya boleh dilawati ketika melaksanakan umrah
Lokasi Rasulullah berwukuf.



Padang  Arafah merupakan tempat bermulanya ibadat haji. Hari Wukuf bermaksud berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan seperti duduk, berbaring atau tidur. Bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zohor) 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) 10 Zulhijjah.

Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah beerti "Gunung Rahmat". Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia. (Wikipedia)



Padang Arafah terdiri dari kawasan yang luas dan terdapat sebuah bukit kecil yang dipanggil Bukit Arafah. Bukit ini dikenali juga dengan nama seperti; Jabal Ilal, Jabal Arofah, Jabal Rohmah, Jabal Doa, Jabal Musyaat Jabal Kabkab dan Jabal al-Qarin. Namun yang tepat dari semua nama-nama itu adalah Jabal Ilal dan Jabal Arofah.

Di Hari Wukuf Padang Arafah akan dipenuhi oleh jemaah haji namun ada juga yang mendaki Jabal Rahmah. Namun para ulama dari berbagai mazahab mengatakan bahawa bukit ini tidak memiliki kekhususan apapun. Ia tidak lebih istimewa dari seluruh tanah Arafh. Sebagaimana mereka pun menyatakan bahawa mendaki bukit tersebut bukanlah sesuatu yang disyariatkan serta tidak ada ibadah yang berkaitan dengannya.








Tiada ulasan:

Catat Komen