25 Ogos 2019

Menarik nafas insaf

Subuh tadi saya berkata pada isteri "andai kita tiada lagi, anak-anak akan berkata bagaimana arwah ayah mak datang masa buat haji dulukan? Dia orang bukan orang kaya sangat" Ya, saya pun macam tak percaya boleh berada di sini bersama-sama jutaan manusia.
Realitinya kita ke mari kerana dijemput oleh Allah.
Saya yakin suatu masa mereka akan ke sini juga melakukan ibadah haji kerana saya pernah memberi peluang menunaikan umrah.
Haji itu bukan untuk orang kaya sahaja, tetapi orang miskin yang mampu pasti akan sampai juga. Haji itu bukan datang tanpa ada dosa, tetapi datang untuk menghapuskan dosa.

Tiada ulasan:

Catat Komen